CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 9, 2008

GB?? Not again!!!

Ingat tak semalam punyer entry aku ada cakap yang aku nak ke Green Box dengan Zahar but so unfortunate, GB penuh. Huhu. Hari nie sekali lagi aku dan Zahar mencuba nasib untuk ke GB. Untung-untung ade lah tempat. Untuk tak menambil risiko dengan pergi ke GB di Sungai Wang, kami telah pergi ke GB Jusco Kota Tinggi. Nasib baik tak full. Kalau full, alamatnyer kene marah lah aku dengan Zahar. 2 kali aku ajak die pergi karaoke dan 2 kali jugak tak dapat masuk. Kekekek. Alhamdullilah ade rezeki.

Aku selalu bercerita pasal GB di dalam entry aku yang sebelum nie. Tapi aku rasa tak pernah sekali pun aku review pasal GB nie. So untuk tak membosankan para pembaca (macam ade je) sekalian dengan cerite aku yang bersuara katak menyanyi karaoke, aku rasa lebih bagus kalau aku review GB nie. GB atau Green Box Karaoke terdapat 3 cawangan di seluruh Malaysia. Cawangan pertama terletak di Rooftop Sungai Wang Plaza manakala cawangan kedua terletak di Jusco Balakong, Cheras dan cawangan ketiga dan terbaru sekali terletak di Jusco Kota Tinggi, Klang. Untuk pengetahuan semua, semenjak aku berkecimpung dalam arena karaoke nie, hanya GB di Jusco Balakong sahaja yang aku belum pernah pergi. Sebab, takde tujuan untuk aku nak mudik ke sana semata nak berkaraoke. Betul tak?

Green Box Karaoke adalah satu pusat karaoke yang bertemakan keluarga (but tak pernah pun nampak ade family masuk. huhu). Sebab tue lah aku suke pergi ke GB berbanding lain-lain pusat karaoke. Rate bilik berbeza untuk setiap slot. Kalau dulu, aku suke pergi waktu malam kerana rate nyer hanyalah RM 26++ dari pukul 6 petang sehinggalah ke pukul 3 pagi. Bukan itu sahaja, terdapat juga disediakan buffet dinner dan supper termasuk lah free flow of drink. Not only that, there's also a dessert and appetiser such as salad, cake and ice cream disediakan. Good bargain kan? Itu je ke? Ade lagi, selain good food, ade jugak disediakan wireless internet untuk sesiapa yang nak mengunakan internet didalam bilik karaoke dan jugak, satu PC yang terletak di luar yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang kemungkinan bosan mendengar suara kawan menyanyi. Hehehehe. Nevertheless, sejak awal tahun nie rate nyer dah di naikkan ke RM30++, but still, i believe it is a good bargain compared to any other karaoke centre.


Bilik aku dekat Green Box Klang, 22

Sejak 2 bulan yang lalu, aku suke pergi waktu siang. Bukan ape, aku dapat tau, waktu siang, ratenye lebnih murah iaitu RM 14++ dari pukul 1 petang sehinggalah pukul 7 petang. Tapi makanan berat tidak disediakan, namun ianya di tukar dengan tid bits seperti twisties, kerepek, keropok dan sebagainya beserta dengan free flow of drink. Kemudahan lain masih lagi disediakan seperti wireless internet dan PC luar. Mesti korang nak tau kenapa aku suke pergi waktu siang selain harganye lagi murah. Untuk aku yang masih belajar, terdapat rate istimewa jika kita bawak Card Matrix kiter. Dari RM 14++, ratenyer dikurangkan ke RM 9++. Sape taknak, ye tak? Aku rasa budak yang masuk university tapi tak tahu menilai je yang tak nak grab this chance. So sebab itulah hari nie, sekali lagi aku berada di Green Box menyumbangkan suara katak ku untuk halwa telinga Zahar.

Tid Bits dengan Air

Student's Promotion

My personal favourite would be GB in Sungai Wang Plaza due to the place is much more bigger and the food is much more batter, but GB Klang also good. Hehehe.

Zahar, sorry yer kalau suara i tak sedap. But WHO CARES!!!!!

For more info regarding Green Box and its affiliates, Click HERE

After that aku lepak dekat Big Apple Donut and Coffee. But seperti biasa, gambar donut takde yer, sila salahkan En. Zahar yang makan sebelum sempat aku nak snap pic. Yang ade cuma lah pic coffee nie.

Coffee die setanding dengan any other coffee house, plus, the donuts is also nice and creamy. Harga pun berpatutan. So next time if aku ade rezeki and makan dekat sini lagi, insyallah aku snap pic untuk dikongsi sebelum si Zahar melantak semuanyer

p/s sekali lagi nak mintak maaf dekat Zahar, dalam 2-3 entry nie asyik ngutuk u je. Kekekekekek

1 comments:

Unknown said...

hye2..yeah..antara penyokong gb in the house..ape yg i nak cakap..gb is the best, affordable untuk semua orang..selain tu..i can said this box is heaven..
murah..lengkap tidbits yg tummy yummy..dgn lagi flow drinks yg sesuka hati nak amik..waaaa..
love it bebeh..percussion dlm box tip top..mic..speaker..n yg paling penting lagu dia up to date..n bro..for ur information..gb balakong is 4.99star..haha..sama je..nice n noisy..niway..dis is from me..famos adios..