CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 9, 2008

Laughter's the Best Medicine - Part 1

Cerita 1
Ade sorang lelaki die ni suke berenang.. tapi die berenang pakai baju ,tu lah yang peliknye.Ok, pade satu hari die berenang kat jeti. Tengah syok-syok berenang tibe-tibe ade buaya datang kat die ni. Die ni langsung tak takut sampai buaya tadi tak makan lelaki ni. Orang ramai nampak peristiwa tadi. Lepas je mandi ade sorang tanye die kenape die tak kene makan ngan buaya tadi.Dengan selamba die cakap "Aku kan mandi pakai baju tadi aku mandi pakai baju jenama croccodile. Buaya tu nampak die aku ni kawannye, jadi die tak makan.Orang tadi tergaman mulut sampai ade lalat masuk. Sekian..


Cerita 2
Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakanpada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu ituternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit padasatu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeriske? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa supermannak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun BahasaInggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?
Budak: Yes, teacher.
Cikgu: Good, what is your first word?
Budak: Shut up you !!!
Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: Superman !!!
Cikgu: Bloody fool! Get out from this class
Budak: Ladies First



Get me outta here!!!

Picture credited to FUNNY.COM

0 comments: